Penjejak Badai, Penjejak Awan, Golok Salji dan Pedang Istimewa

Profil Penjejak Badai dan Keistimewaan Golok Salji

  • Nama sebenar adalah Nie Feng. Gelaran “Penjejak Badai” diberi oleh guru pertama beliau iaitu Wira Utama
  • Anak kepada Yan Wang, pakar pemain pedang Wilayah Selatan.
  • Guru-guru beliau adalah Wira Utama (Tendangan Angin Puyuh), Raja Danawa (4 Tetakan Golok),Raja Syaitan dan ayah beliau sendiri, Yan Wang (Hikmat Air Batu dan asas permainan golok salji) 
  • Hikmat asas yg dipelajari dari guru-guru ini telah dikembangkan sendiri kepada satu tahap yang lebih baik. Tendangan Angin Puyuh kini dikenali sebagai Tendangan Dewata Badai, hasil dari gabungan angin dan air apabila beliau memikirkan cara-cara untuk mengalahkan Maharaja Sakya a.k.a Maharaja Sakti.
  • Hikmat-hikmat lain seperti 10 jurus Jaguh Kekuatan Bersepuluh dan Enam Gaya Golok Penahan Sejuk dipelajari sendiri di Gua Mengawan, yang dijumpai oleh beliau ketika berada di dalam gua tersebut.
  • Antara jaguh hebat yang pernah ditewaskan beliau samada bersendirian atau bersama rakan karibnya, Penjejak Awan ialah Wira Utama (guru sendiri), Ateis Jati, Ateis Kuntum (telah berpuluh kali), Maharaja Sakya, Penduga Arus (rakan karib beliau), Raja Tinju, Okami Kaisawa, serta seorang jaguh dari Jepun yang menggunakan Hikmat Kematian Nirvana yang akhirnya ditewaskan dengan bantuan seorang sami muda.
  • Seorang yang genius tetapi terlalu lembut hati terhadap musuh.
  • Telah bertarung dengan rakan karibnya Penjejak Awan sebanyak 5 kali iaitu semasa: 1. Pertarungan mengakibatkan kematian Kung Chi dan pengunduran beliau dan Penjejak Awan dari Persatuan Alam Semesta. 2. Semasa Penjejak Badai hilang akal selepas menewaskan penceroboh dari Jepun iaitu Ateis Jati dan Tenno. 3. Semasa anak beliau Yi Feng disangka telah membunuh anak Penjejak Awan iaitu Penjejak Angkasa. 4. Semasa kedatangan kumpulan penjahat dari Jepun dan tertubuhnya dua kumpulan yang berpihak kepada kedua jaguh ini. 5. Semasa kematian isteri beliau, Dier Meng.

    Ketika Tersesat Akal

  • Golok Salji dimiliki beliau semula selepas kehilangan ayah beliau di Gua Mengawan. Juga dijumpai tertusuk di dinding gua tersebut.
  • Kononnya golok ini digunakan untuk menentang Unikorn Berapi oleh nenek moyang beliau sehingga menyebabkan datuk beliau terminum darah Unikorn ini sehingga mengakibatkan seluruh keturunannya mempunyai darah gila sehinggalah kepada anaknya Yi Feng.
  • Golok ini pernah dimusnahkan oleh beliau sendiri ketika menentang Penjejak Awan semasa beliau hilang akal, tetapi telah ditempa semula, hasil usaha bapa Dier Meng iaitu Raja Golok dan Raja Danawa kerana kasihankan anaknya yang merindui Penjejak Badai semasa beliau dan Penjejak Awan terperangkap di dalam air batu selepas menewaskan Penduga Arus.
  • Golok ini mempunyai aura sejuk dan nampak sesuai bagi tetakan dan bukan tikaman, sebab itulah hampir kesemua 6 Jurus Penahan Sejuk menggunakan teknik tetakan dan bukannya tikaman. Antaranya yang terkenal adalah Tetakan Sejuk Sepintas Lalu dan Menjejak Salji Mencari Ijas
  • Anak beliau, Yi Feng atau dikenali sebagai Raja Iblis adalah waris Raja Iblis dan mempunyai hikmat yang luar biasa, juga mempunyai akal yang tajam seperti bapanya. Namun, sikap dan perangai Yi Feng amat berbeza dengan bapanya dan mereka sering berselisih pendapat dalam apa jua urusan.
  • Sehingga ke isu 572, Penjejak Badai menggunakan golok ini untuk menentang Jaguh dari Jepun yang berjanji untuk membantu Tenno Jepun baru yang palsu ketika beliau mencari anaknya Yi Feng yang kini dikuatiri tersesat akal akibat kematian rakan dan ibunya Dier Meng.

Penjejak Awan dan Pedang Istimewa

  • Nama asal beliau adalah Bu Jing Jui. Keluarga kandung beliau hanya diceritakan setelah lebih 10 tahun komik ini diterbit.
  • Sepanjang cerita ini, Penjejak Awan dibesarkan oleh keluarga angkat yang juga pemain pedang. Namun, akibat keengganan keluarga angkat beliau menyertai Persatuan Alam Semesta pimpinan Wira Utama, seluruh isi keluarga ini telah dibunuh oleh Wira Utama.
  • Pernah dibela oleh Lagenda pemain pedang iaitu Tanpa Nama, tetapi sepanjang hidupnya beliau telah dibesarkan di dalam Persatuan Alam Semesta dan juga telah berguru kepada Wira Utama.
  • Antara guru-guru utama beliau adalah Wira Utama (Cakar Penolak Awan) dan Tanpa Nama (Gaya bermain Pedang Tanpa Nama).
  • Hikmat Cakar Penolak Awan juga telah diubahsuai dengan lebih berkesan dan telah diberi nama Cakar Tiga Serangkai. Hasil bantuan gurunya iaitu Tanpa Nama, beliau juga telah mencipta satu lagi gaya bermain pedang iaitu Gaya Bermain Pedang Awan yang juga mempunyai 3 gaya tersendiri.
  • Selain dari itu, beliau telah menemui dan mempelajari hikmat baru yang diberi nama Hikmat Tidak Berhasrat semasa bertarung dengan Jaguh Kekuatan Bersepuluh di sebuah padang pasir ketika jatuh ke dasar padang pasir tersebut.
  • Salah satu tangan beliau juga telah diperkuatkan dengan tangan Unikorn Berapi hasil bantuan Tabib Sakti setelah beliau tercedera selepas bertarung dengan Wira Utama yang menyebabkan beliau kehilangan tangan. Tangan Unikirn Berapi ini telah disumbangkan oleh seorang jaguh yang juga pernah tersua Unikorn Berapi dan tangan beliau telah terkena darah unikorn berapi ini.
  • Beliau juga telah menguatkan diri dengan memakan 1 biji serpihan intisari naga dan pil Alam Semesta Terbalik ciptaan Tabib Sakti.
  • Sebelum bersusah payah memperolehi Pedang Istimewa, beliau menggunakan pedang milik Pedang Sakti yang dikenali sebagai Pedang Keramat, namun pedang ini hancur berkecai semasa beliau cuma untuk memasuki Makam Di Raja bagi melawat mayat Kung Chi yang ditempatkan di sana.
  • Pedang Istimewa ini kononnya ditempa selama lebih seratus tahun, menggunakan sejenis logam hitam yang jatuh dari langit oleh leluhur Ao. Ketika siap, waris Keluarga Ao yang bernama Ao Tian telah mengadakan pertandingan bagi mencari bakal pemilik pedang ini.
  • Pedang ini ditempa juga untuk membunuh Unikorn Berapi, walaupun pada hakikatnya ianya sebenarnya digunakan untuk membunuh Syaitan Unikorn yang telah merasuk Penjejak Badai ketika hilang akal kerana menuntut ilmu hitam.
  • Pedang ini telah beberapa kali digunakan untuk menghasilkan beberapa pedang misteri yang lain. Antaranya adalah penghasilan Bala Angkasa ketika era Hati Murah dan Hati Pemusnah, penghasilan Golok Raja Iblis semasa era Ateis Kuntum dan pembunuhan naga untuk mendapatkan intisari naga ketika era Maharaja Sakya.
  • Anak beliau, Penjejak Angkasa mempunyai hikmat yang agak luar biasa tetapi mempunyai ciri-ciri sifat seperti rakan karib Penjejak Awan iaitu Penjejak Badai.
  • Ketika isu ke 572, Penjejak Awan masih menghilangkan diri setelah ditewaskan oleh Ateis Kuntum semasa pertarungan di salah sebuah Istana Maharaja China ketika Ateis Kuntum ingin mencari pembunuh Leluhur Keluarga Chi.

REPLIKA PEDANG ISTIMEWA, GOLOK SALJI DAN GOLOK RAJA IBLIS

Sebagai peminat Pedang Setiawan yang telah mengikuti kisah ini sejak dari tahun 1993 sehingga kini (wow! hampir 20 tahun you….) saya ingin berkongsi replika pedang-pedang ini untuk peminat setia seperti saya:

Jenis   : replika pedang berupa gabungan “letter opener” dan” key chain”

Harga : RM10 setiap satu (tidak termasuk kos penghantaran)

Stok yang ada : Pedang Istimewa, Golok Salji dan Raja Iblis

Cara penghantaran:

  1. Temujanji di sekitar Kuala Lumpur
  2. Penghantaran melalui Pos.

    Buatan : Logam berwarna perang

Saiz : panjang kira-kira 12cm atau 4.5 inci setiap satu

 

DAPATKANNYA SEKARANG SEBELUM KEHABISAN STOK!!!

email : sas7404@yahoo.com atau 019-3882178 (sharin) utk maklumat lanjut

  1. #1 by http://bing.com on Februari 15, 2013 - 10:55 am

    I needed to share this unique post, “Penjejak Badai,
    Penjejak Awan, Golok Salji dan Pedang Istimewa Lagenda Pedang Misteri” together with my pals on facebook or twitter.
    Ibasically wanted to distribute ur superb posting! Regards, Ruth

    • #2 by Syarein on Februari 20, 2013 - 12:15 am

      Sure no problem but I have not updated the story line yet.

  2. #3 by continue reading on April 25, 2013 - 11:14 pm

    Aw, this was an incredibly nice post. Spending some time and actual effort to
    produce a very good article… but what can I say… I procrastinate a whole lot and never seem to get anything done.

  3. #4 by Syarein on April 26, 2013 - 12:03 am

    Thank you. Nothing has been done since 2011. I have been a hardcore follower of this incredible story since I was 18. The latest issue was last week #629. The current storyline merely about internal conflict among crooks or bad gang in Japan. Cheers!

  4. #5 by http://Www.Cherryside.Ch on April 29, 2013 - 12:29 am

    Hi, I do think this is an excellent web site. I stumbledupon it 😉 I’m going to come back yet again since I bookmarked it. Money and freedom is the greatest way to change, may you be rich and continue to help others.

  5. #6 by Ahmad Hafizi on Mei 24, 2013 - 8:09 am

    salam..how can i buy that keychain? i tried to call that number but no reply..hope u can help me shahrin..

    • #7 by Syarein on Julai 1, 2013 - 4:25 am

      Sorry, most of the keychains were sold out a few years ago and I am now having hardtime to find these really rare items. But I will inform you if I manage to get new stocks.

Tinggalkan Jawapan kepada Ahmad Hafizi Batal balasan